Menjadi orang kepercayaan kepada salah seorang tokoh yang memperjuangkan pembentukan Malaysia sekitar 59 tahun lalu pastinya antara kenangan tidak mudah dilupakan.<br /><br />Bukan itu sahaja, Datuk Aminah Ambrose juga terlibat dalam perjuangan Tun Datu Mustapa Datu Harun Baik dalam memperjuangkan hak-hak Sabah serta jajaran politik sosok tubuh pejuang tanah air itu.